SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH
Tapak sekolah adalah seluas 2 A, 3 R, 35 P. Ianya telah
diwakafkan oleh TUAN HAJI MANSOR BIN HAJI NOR 2 A, 0 R, 0 P dan PUAN HAJJAH PAIJAH
BT. HAJI SIRAJ seluas 0 A, 3 R, 35 P Pengasas sekolah ini diketuai oleh TUAN HAJI MANSOR BIN HAJI NOR
sebagai ketua Kampung Bahru Mukim Sri Gading, Batu Pahat dengan gotong-royong
bersama penduduk kampung. Sumbangan juga diterima dalam bentuk wang dan tenaga. Nama asal sekolah dan riwayatnya. Menurut
kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pengurus Sekolah, nama sekolah Seri Aman telah
diberi oleh Tuan Syed Esa bin Alwee ( Nazir Sekolah Melayu, Batu Pahat) kerana mengambil
sempena "Baik dan Aman" keadaan orang-orang Kampung Bahru yang hidup bermuafakat
berkerjasama dan bergotong-royong untuk mendirikan sekolah dengan menderma wang, tenaga
kerja dan bantuan wang kerajaan. ada awal pembukaan ada seramai lebih kurang 100 orang
murid sahaja. Sekolah yang didirikan di atas tanah pasir yang agak tinggi begitu sesuai
dan tidak begitu mudah dilanda banjir. Perasmian sekolah telah diadakan pada 11 April 1955 oleh Encik
Abdullah bin Hj. Sulaiman, Pegawai Daerah Batu Pahat.
GAMBAR | MENU |