Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung halaman web kami. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Dalam era serba canggih, anak-anak bangsa berbagai keturunan begitu berlumba-lumba mengejar ilmu syber demi meningkatkan kualiti diri dalam pendidikan. Bagi sekolah kami yang agak jauh pendalaman tidak akan ketinggalan mengejar syber jaya dalam merialisasikan wawasan 2020. Saya menyeru kepada guru-guru dan kakitangan SKSA agar sentiasa bekerja dengan lebih tekun serta jangan gentar dengan era syber kini. Kepada pelajar-pelajar, harpan saya agar sentiasa belajar dan dengan lebih tekun lagi dan jangan lupa hormati ibu bapa, guru-guru anda yang utama berdoa kepada Ilahi Sekian, terima kasih.
Yang Ikhlas EN. MD. SHAMSUDIN B. MD. YUNOS |